SEKOLAH KEBANGSAAN ASYAKIRIN
PELAWAT
- Pelawat dibenarkan masuk ke kawasan sekolah atas urusan rasmi sahaja.
- Pelawat dikehendaki meletakkan kenderaan di luar kawasan sekolah.
- Kawasan sekolah adalah kawasan larangan merokok.
KEDATANGAN DAN
KETIDAKHADIRAN
- Wajib datang ke sekolah selewat-lewatnya 6.55 pagi.
- Pukul 7 pagi, semua murid perlu menyertai bacaan yassin dan sembahyang pagi.
- Murid yang tidak hadir ke sekolah atas sebab tertentu dikehendaki mengemukakan sijil sakit atau surat pemberitahuan yang sah dari ibu bapa/penjaga.
- Murid yang tidak hadir ke sekolah beberapa hari berturut-turut tanpa sebab yang munasabah akan dikenakan tindakan tatatertib.
- Murid yang sakit dan hendak ke klinik perlu mendapat kebenaran dari pihak pentabiran dan mengisi buku kebenaran balik awal.
PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH
(MURID LELAKI)
- Baju putih berlengan pendek atau panjang dan bersaku di sebelah kiri.
- Baju dimasukkan ke dalam seluar dan semua butang dikenakan
- Seluar bewarna biru tua
- Kasut kanvas dan stokin bewarna putih
- Tali pinggang bewarna gelap dan tidak berkepala besar
- Songkok adalah dibenarkan. Penggunaan kopiah tidak dibenarkan.
(MURID PEREMPUAN)
- Pinafore biru tua bagi bukan Islam. Labuh melebihi lutut dan tidak ketat.
- Baju kurung putih dan berkain biru tua serta memakai tudung putih yang tidak bersulam atau bermanik bagi yang Islam.
- Tidak dibenarkan memakai persolekan dan barang kemas.
- Mesti memakai singlet di dalam.
PAKAIAN PENDIDIKAN
JASMANI
- Seluar panjang sukan dan t-shirt.
- Tidak dibenarkan memakai t-shirt dengan baju seragam sekolah.
- Selepas PJ, murid perlu menukar pakaian.
PAKAIAN SEMASA
KOKURIKULUM
- Memakai pakaian seragam unit beruniform masing-masing atau baju T unit uniform dan berseluar panjang.
POTONGAN RAMBUT
(LELAKI)
- Pendek dan kemas.
- Rambut pada bahagian belakang tidak boleh menyentuh para bawah telinga.
- Misai dan janggut tidak dibenarkan.
- Rambut terlalu pendek (kurang 1 inci) atau botak dilarang.
- Rambut berfesyen adalah dilarang.
(PEREMPUAN)
- Diikat dengan kemas dan tidak jatuh ke bahu menggunakan reben bewarna hitam sahaja.
KUKU
- Perlu memotong kuku yang panjang.
- Cat kuku/ berinai tidak dibenarkan.
TAG NAMA
- Memakai tag nama sepanjang persekolahan.
- Dilarang menggunakan tag nama murid lain.
- Lelaki – lencana dan tag nama dilekat di poket sebelah kiri. Lencana di atas diikuti tag nama.
- Perempuan – lencana dan tag nama dilekat di tudung sekolah atau penafore sebelah kiri.
BUKU TEKS
- Dikehendaki membalut buku teks.
- Tidak menulis atau menconteng.
- Perlu mengganti buku teks yang hilang atau terkoyak.
- Dilarang meninggalkan buku teks di dalam kelas selepas waktu persekolahan.
- Semua buku teks yang dipinjam perlu dikembalikan di akhir tahun.
TELEFON BIMBIT
- Semua murid tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah pada waktu persekolahan atau kegiatan kokurikulum mahupun aktiviti lain.
- Jika murid terbawa, telefon mesti diserahkan kepada guru kelas untuk disimpan sementara waktu bagi mengelakkan kecurian atau dirampas oleh pihak sekolah.
BARANG YANG DIHARAMKAN
DIBAWA KE SEKOLAH
- Marker
- Pemadam pen jenis cecair
- Semua jenis alatan tajam kecuali atas permintaan guru untuk beberapa subjek
- Majalah hiburan
- Album gambar
- Bahan lucah
- Majalah komik
- Pewarna pen (high-lighter)
- Poster artis
- Cermin
- Minyak wangi
- Barang judi / kad poker
- Kad magik/yoyo/pokemon
- Radio/walkman
- Pengetip kuku
- Mercun / bunga api
- Chewing gum
- Label berunsur politik
- Lain-lain barang yang dimaklumkan dari masa ke semasa
TATATERTIB
- Dilarang berdua-duaan antara murid lelaki dan perempuan atau dengan orang luar.
- Tidak dibenarkan membawa atau menjemput orang luar yang tidak berkaitan kecuali ibu bapa/penjaga.
- Menghormati semua warga sekolah dan memberi ucapan salam apabila berjumpa.