Thursday, July 24, 2014

Majlis Jalinan Kasih di Aidilfitri

23 Julai 2014 - Majlis Jalinan Kasih Di Aidilfitri 2014 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Ruang Legar SK Asyakirin bermula jam 5.30 petang dan tamat pada 9.00 malam. Majlis yang diadakan khas untuk meraikan seramai 30 orang anak anak yatim dan fakir miskin dari kalangan murid murid SK Asyakirin ini telah dihadiri oleh wakil dari PPD Bintulu, para penyumbang, pihak media, ahli keluarga, guru guru dan staf sekolah.

Majlis dimulakan dengan Tahlil perdana disusuli dengan Tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Nur Hakim dari SK Ulu Segan Bintulu sebelum berbuka puasa. Selepas berbuka hadirin yang hadir bersolat Magrib, Isyak dan Tarawih bersama sama.

























Tuesday, July 22, 2014

Kami kibarkan Jalur Gemilang



Negaraku...
Tanah tumpahnya darahku...
Tanah berdirinya kakiku....
Tanahku sanjung tanahku julang..

Negaraku...
Biar tumpah darahku...
Biar hanya sedetik jantungku...
Akan ku pertahan terus berjuang...

Negaraku...
Janjiku setia padamu..
Janjiku julang namamu...
Janjiku tunai dalam hayatku.

Kuda Putih
skasyakirin.blogspot.com
2014







Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat bercuti kepada semua warga SK Asyakirin


PROGRAM MERAIKAN ANAK YATIM DAN FAKIR MISKIN SK ASYAKIRIN


Friday, July 18, 2014

Majlis penyerahan anak yatim dan fakir miskin

17 Julai 2014 -  Satu majlis penyerahan anak angkat telah diadakan di Ruang Legar SK Asyakirin. Majlis ini melibatkan murid-murid SK Asyakirin yang terdiri daripada anak-anak yatim dan fakir miskin. Anak-anak yatim dan fakir miskin telah diserahkan kepada para guru dan staf muslim sekolah.

Majlis penyerahan ini menandakan bermulalah program Jalinan Kasih di Aidilfitri bagi membantu dan meraikan anak yatim dan fakir miskin dikalangan anak-anak didik yang beragama Islam sempena Ramadhan dan Aidilfitri. Program tahunan ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan Islam dan Dakwah Asyakirin (JAKIDA) dengan bantuan beberapa organisasi dan syarikat tempatan.

Antara pengisian program ini adalah seperti program membeli belah raya bersama anak angkat. Keluarga angkat akan membawa anak angkat mereka untuk membeli pakaian raya di sekitar bandar Bintulu. Anak angkat juga akan diraikan di majlis berbuka puasa yang akan diadakan pada 23 Julai 2014. Pada majlis tersebut mereka akan diraikan dan turut menerima duit raya daripada penyumbang.

Sesungguhnya sikap saling bantu membantu adalah dituntut oleh agama. Islam menyeru umatnya untuk menghargai sesama insan dan membantu anak yatim serta golongan fakir miskin. Insyaallah hidup kita akan lebih berkat dan bahagia.










Thursday, July 17, 2014

Friday, July 11, 2014

Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2014

9 Julai 2014 - Satu program Kursus Kepimpinan Kokurikulum 2014 Peringkat Sekolah Kebangsaan Asyakirin khas untuk pemimpin tertinggi kelab dan persatuan telah diadakan di Ruang Legar SK Asyakirin dengan motto "Perpaduan Melalui Kokurikulum". Program ini diadakan bagi memberikan pendedahan dan tunjuk ajar kepada pemimpin kelab dan persatuan untuk lebih bersedia dalam mengemudi kelab dan persatuan masing masing.

Para peserta terdiri daripada murid-murid SK Asyakirin yang menyandang jawatan pengerusi, naib pengerusi, setiaudaha dan bendahari kelab dan persatuan. Melalui kursus ini peserta bukan sahaja dilatih untuk menjadi pemimpin dalam persatuan dan kelab di sekolah sahaja malah menyeluruh sehingga memimpin sahsiah peserta itu sendiri. Adalah diharapkan agar peserta kursus ini dapat menjadi kebanggaan keluarga dan sekolah.