Friday, August 29, 2014

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
 
Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi
 
Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya
 
Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu
 
Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
 
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang
 
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
 
Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya
 
 
 

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 57 PERINGKAT SEKOLAH SK ASYAKIRIN

Jumaat, 29 Ogos 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 57 PERINGKAT SEKOLAH SK ASYAKIRIN

SK Asyakirin Bintulu: Sekolah Kebangsaan Asyakirin Bintulu pada hari ini telah mengadakan suatu Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan ke 57. Majlis ini dihadiri oleh pihak pentadbir sekolah, guru guru, staf sokongan dan semua murid. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.10 pagi.

Antara pengisian program sambutan hari kemerdekaan ini adalah nyanyian lagu patriotik dan lagu tema Hari Kemerdekaan ke 57 iaitu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Selain itu persembahan koir oleh Kumpulan Koir Asyakirin, persembahan murid PRA Sekolah, persembahan murid PPKI, pertandingan nyanyian patriotik dan pertandingan pakaian merdeka.

Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja dapat meningkatkan semangat kecintaan warga sekolah kepada tanah air malah dapat mengeratkan hububungan silaturahim dan mencungkil bakat murid murid. Berikut merupakan suasana yang sempat dirakam oleh lensa kamera penulis.









 
 
 
(Kuda Putih 2014)



ISNIN 1 SEPTEMBER 2014 CUTI SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 57

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Makluman untuk semua warga sekolah dan ibubapa bahawa pada tarikh 1 September 2014 (Isnin) adalah cuti sekolah. Murid murid tidah perlu hadir ke sekolah pada tarikh tersebut. Murid murid akan mula bersekolah semula pada keesokan harinya iaitu 2 September 2014 (Selasa).

Sekian terima kasih

Thursday, August 28, 2014

Daki gunung motivasi pelajar


Para guru berupaya mewujudkan satu sudut pandangan hidup dengan cara tersendiri yang mampu dipegang oleh pelajar mereka.

Golongan pendidik ini bukan sahaja perlu membuka ruang fikir baharu untuk minda anak-anak hari ini, malah perlu mencetuskan kaedah dan pengalaman baharu dalam mendidik dan membawa mereka ke mercu kejayaan sekali gus perlu berusaha bersama-sama menggerakkan kreativiti untuk membuka pemikiran baharu yang lebih bebas.

Hari ini, zaman telah jauh berubah. Pe­ranan guru bukan sekadar berkongsi ilmu di bilik darjah, malah mereka juga sebagai fasilitator dan pembim­bing seterusnya menjadi rakan kepada pelajar.
Bagi guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Subang Bestari, Shah Alam, Selangor, mereka mempunyai acuan dan kaedah tersendiri dalam mendidik pelajar untuk mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam pelajaran malah dalam kehidupan.

Jika di sekolah lain, guru-guru menjadikan aktiviti seperti lawatan ke tempat bersejarah, melancong, perkhemahan, atau program motivasi sebagai aktiviti luar bilik darjah, berbeza sekali di SMK Subang Bestari (SUBEST).Mereka memilih aktiviti yang lebih 'ekstrem' iaitu mendaki gunung sebagai aktiviti utama bagi menjalin hubungan lebih erat antara guru dan para pelajar.

Guru yang bertanggungjawab menggalas tanggungjawab tersebut adalah Noraizam Sulaiman, yang menjadi tulang belakang kepada Kelab Kembara SUBEST, khusus dalam aktiviti pendakian.
Di bawah kelolaannya, kelab tersebut telah berjaya menawan puncak-puncak tertinggi di negara ini termasuk Gunung Kinabalu, Gunung Tahan, Gunung Nuang, Gunung Ledang, Gunung Irau, Gunung Datok, Gunung Angsi, dan terbaharu Gunung Santubong, di Sarawak.
Mendaki gunung dijadikan aktiviti wajib, sehingga dipersetujui bahawa kelab tersebut akan melakukan ekspedisi pendakian sekurang-kurangnya empat kali dalam setahun bersama sekurang-kurangnya 100 pelajar.

“Biasanya saya akan membawa lebih kurang 100 pelajar dalam setiap ekspedisi, kecuali di gunung-gunung tinggi seperti Tahan dan Kinabalu, yang saya kurangkan kepada 50 orang pelajar sahaja.
“Jumlah tersebut memang agak besar dan setiap ekspedisi mempunyai risiko tersendiri, tetapi Alhamdulillah setakat ini tidak berlaku perkara tidak diingini," ujarnya, Noraizam mengakui, beliau berani menanggung risiko kerana mahu memberi pengalaman baharu kepada para pelajarnya. Baginya, setiap pelajar perlu mendapatkan pengalaman lain daripada yang lain bagi membentuk jati diri yang lebih kuat.  Ini kerana katanya, program tersebut bukan sekadar aktiviti pendakian semata-mata, tetapi yang paling utama ialah penekanan semangat berpasukan dan setiakawan, selain penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

“Memang apabila saya beritahu orang saya bawa 100 pelajar untuk melakukan ekspedisi mendaki gunung, sesetengahnya menganggap saya buat kerja gila. Kata-kata tersebut membuatkan saya lebih bersemangat kerana saya mahu memberi pengalaman baharu kepada pelajar walaupun ia sesuatu yang berisiko untuk dihidapi.

Membawa pelajar masuk ke hutan selama empat hari mendaki gunung bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi itulah cabarannya.
“Pengalaman ini akan membezakan mereka dengan pelajar-pelajar lain," tegasnya.
Mendaki motovasi terbaik Menurut Noraizam, mendaki gunung merupakan motivasi terbaik dalam proses pembelajaran supaya para pelajar dapat menghadapi apa juga rintangan yang dihadapi kelak.
Baginya, dalam kehidupan, para guru perlu mengajar pelajar mereka erti kesusahan dan bagaimana menangani cabaran. “Sebagai contoh, untuk mendaki sampai ke puncak sebenarnya sangat susah, daripada awal kena buat persediaan seperti meningkatkan kemahiran, ketahanan fizikal dan peralatan.
“Ramai pelajar berputus asa di tengah-tengah perjalanan, tetapi kami sebagai guru berusaha sehabis daya membantu mereka dengan menguatkan semangat sehingga akhirnya mereka sampai juga ke puncak. Apabila sampai ke puncak, mereka menjerit kegembiraan kerana tidak sangka sehingga ke tahap itu mereka mampu mendorong diri agar tidak berputus asa.Semua pengalaman itu boleh menjadi pengajaran kepada mereka ketika menjalani kehidupan harian," jelasnya.

Bimbingan untuk pelajar bermasalah

Beliau yang juga Ketua Guru Disiplin di sekolah tersebut, turut menggunakan pendekatan aktiviti pendakian gunung sebagai salah satu program bagi membimbing pelajar-pelajar bermasalah.
“Dalam menangani masalah disiplin sebenarnya kalau saya hendak rotan, sebat dan marah hari-hari pun sudah tidak nampak kesannya kerana pelajar-pelajar sekarang mudah memberontak.
“Oleh yang demikian, saya cuba kaedah lain yang lebih santai seperti mengadakan misi mendaki gunung, ekspedisi masuk hutan atau perkhemahan untuk saya dan guru-guru lain menghabiskan masa bersama mereka sambil bertanyakan masalah yang dialami," ujarnya.
Sehingga kini katanya, pihak sekolah berjaya memulihkan pelajar-pelajar bermasalah melalui aktiviti pendakian. Kami tahu, apabila mereka ada aktiviti yang boleh dibuat, mereka tidak akan lagi mencari masalah di luar, malah begitu gembira untuk mengikuti lagi ekspedisi-ekspedisi yang dijalankan oleh pihak sekolah," ujarnya.

Noraizam tidak menafikan, jarang ada guru-guru yang sanggup menghabiskan masa dengan pelajar dalam tempoh yang lama, dari malam sehingga ke pagi menemani mereka melakukan pelbagai aktiviti bersama.Sedangkan kaedah itu katanya, secara tidak langsung akan membuatkan pelajar-pelajar berasakan guru mereka boleh memberi perhatian dan kasih sayang kepada mereka.
“Kami dekati pelajar dengan cara sebegini dan Alhamdulillah kami nampak perubahan positif yang berlaku selepas aktiviti mendaki gunung bersama pelajar ini diadakan," katanya. - NURSYAMIMI SAIDI

Sumber; Utusan Malaysia

  

Wednesday, August 27, 2014

Klik Dengan Bijak elak penyalahgunaan Internet

ARKIB : 04/08/2014


Klik Dengan Bijak elak penyalahgunaan Internet


Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan memperluas kempen dan program kesedaran mengenai penggunaan Internet dengan bijak kepada pelajar sekolah dalam lingkungan usia 11 hingga 18 tahun.

Pengarah Kanan Bahagian Jangkauan dan Penglibatan SKMM, Eneng Faridah Iskandar berkata, golongan tersebut menjadi kumpulan sasaran pihaknya dalam penganjuran aktiviti dan kempen kesedaran di bawah program `Klik Dengan Bijak' pada tahun ini kerana kajian yang dijalankan mendapati golongan kanak-kanak ini tidak mempunyai atau kurang pengetahuan pengenai isu penyalahgunaan Internet seperti penipuan phishing, malware, kecurian kata laluan atau identiti, buli siber atau kesalahan jenayah Internet lain.

"SKMM juga mensasarkan kempen kesedaran dan program `Klik Dengan Bijak' ini kepada ibu bapa kerana mereka menjadi kumpulan yang paling dekat dengan kanak-kanak dalam memantau perkembangan penggunaan Internet sama ada di rumah atau di tempat awam,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Cyberjaya baru-baru ini.
Program 'Klik Dengan Bijak' merupakan salah satu inisiatif SKMM untuk mendidik masyarakat mengenai penggunaan Internet secara positif yang diperkenalkan di peringkat kebangsaan pada Julai 2012 di Pulau Pinang.

Pengenalan program ini berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara, selari dengan Kempen Budi Bahasa dan nilai-nilai murni di samping menekankan matlamat mengutamakan aspek keselamatan pengguna kanak-kanak agar menggunakan Internet dengan cara yang selamat.
Menurut Eneng Faridah, selain aspek keselamatan, pihaknya mahu golongan ini sentiasa berwaspada terutama ketika berinteraksi di dalam talian dan bertanggungjawab iaitu memastikan penggunaan kandungan berangkai secara positif dalam kalangan masyarakat.

"Antara penekanan yang diutamakan dalam kempen ini adalah mengenai isu-isu utama seperti ketagihan Internet, buli siber, risiko dalam talian dan kesahihan maklumat.

"Kita mahu golongan kanak-kanak ini sedar mengenai apa yang tidak betul atau salah yang mungkin secara sengaja atau tidak yang pernah mereka lakukan semasa menggunakan Internet.

"Dalam kempen ini, kita tekankan kepada apa yang tidak betul atau salah, apakah kesan atau akibat yang mungkin berlaku dalam penggunaan Internet," jelasnya.

Untuk ibu bapa, ujarnya, disediakan platform untuk memudahkan mereka mendapatkan bantuan, maklumat berkaitan jenayah atau nasihat berkaitan penyalahgunaan Internet.

"Ibu bapa sewajarnya berupaya mengenal pasti sama ada anak-anak terlibat dengan kesalahan penyalahgunaan Internet dan perlu menggunakan saluran maklumat atau bantuan yang sesuai bagi menangani permasalahan yang timbul," katanya.

Pada masa yang sama, beliau menasihatkan golongan ibu bapa dan guru agar lebih berpengetahuan atau celik teknologi maklumat dalam membendung gejala penyalahgunaan Internet daripada terus berleluasa.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140804/pe_02/Klik-Dengan-Bijak-elak-penyalahgunaan-Internet#ixzz3BkJLaazQ
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, August 26, 2014

HOTS tingkat profesionalisme guru

HOTS tingkat profesionalisme guru
14 Jan 2013, 03:44 PM | Berita Semasa

KEMAHIRAN berfikir aras tinggi (HOTS) mampu memantapkan kemahiran guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), kata Dr. Ismail Zain.

Menurut motivator dan pakar dalam pendidikan itu, HOTS merupakan aspek yang penting terutamanya dalam bidang pendidikan dan guru perlu bijak menyusun strategi untuk mewujudkan amalan terbaik pengaplikasian HOTS  dalam P&P.

"Hal ini penting untuk menghasilkan impak positif kepada murid-murid," katanya ketika mengendalikan bengkel memantapkan  kemahiran guru-guru mengaplikasikan HOTS dalam proses P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Ipoh, Perak baru-baru ini.

Bengkel yang menjelaskan dengan mudah konsep HOTS serta strategi melaksanakannya dalam P&P itu dihadiri 66 peserta sebagai pengisian Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP).

Pengetua SMK Gunung Rapat, Rahimah Mohamed berkata, pihaknya sentiasa berusaha memantapkan dan membuat penambahbaikan proses P&P demi menyahut cabaran pendidikan Abad ke-21 serta anjakan yang terdapat dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

"Walaupun sekolah ini ialah sekolah elit sukan tetapi prestasi akademik murid-murid adalah cemerlang dan amat membanggakan justeru saya harap guru betul-betul berkualiti dalam P&P," jelas pengetua Sekolah Kluster Cemerlang ini.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan 1 sekolah itu, Noor Kamar Nordi  berkata, HOTS harus diikuti oleh semua guru sebagai penyegaran (refreshment) terhadap apa yang sedang mereka laksanakan dalam P&P.

Pendapat ini disokong Guru Penolong kanan Kokurikulum, Noor Alauyah Meoir Ahmad yang mengatakan bahawa HOTS merupakan satu bentuk reformasi dalam P&P.

Bagi guru Bahasa Inggeris, Wan Shaiful Akmar Mohd Idris, HOTS mampu  menyelesaikan masalah pembelajaran subjek teras itu.

“Melalui bengkel ini saya dapat melihat bagaimana HOTS dapat diaplikasikan dalam P&P untuk menjadikan murid lebih tercabar mindanya,” tuturnya.
Seorang lagi guru, Sufian Ishak memberitahu, HOTS bukan sahaja sesuai untuk akademik malah boleh diaplikasikan dalam sukan.

"HOTS mampu membantu murid-murid menjadi thinking player ke arah meningkatkan mutu sukan," kata Guru Kanan Pengurusan Sukan ini.

Dalam pada itu, Program Motivasi Utusan akan bergerak membantu guru dan murid melonjakkan motivasi diri, menjana pemikiran yang kritis dan kreatif ke arah kecemerlangan diri mengikut modul yang dirancang bersesuaian dengan guru atau murid secara berasingan.

Akan datang, program seperti ini akan diadakan di SMK Sayong di Kuala Kangsar dan beberapa sekolah lain anjuran Biro Pendidikan UMNO Kampar.

Pihak sekolah atau agensi yang berminat untuk menganjurkan bengkel ini, sila hubungi 019-5713745 atau layari www.adap.com.my.




DR.Ismail Zain (tengah) bersama peserta bengkel memantapkan kemahiran guru-guru mengaplikasikan HOTS dalam proses P&P di SMK Gunung Rapat, Ipoh, Perak, baru-baru ini.


sumber: Portal Pendidikan Utusan

10 perkara perlu jadi keutamaan

ARKIB : 09/08/2014

10 perkara perlu jadi keutamaan


Dr. Abdul Rahman Arshad Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK)
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Seiring dengan inisiatif kerajaan memacu tahap pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi, Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK), Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad menyarankan Kementerian Pendidikan melaksanakan 10 perkara yang perlu diberi keutamaan.

Katanya, langkah itu perlu bagi menggerakkan semua tahap pendidikan termasuk prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pengajian tinggi, berdasarkan pelan pendidikan yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan secara berperingkat.

"10 perkara itu saya mahu bincangkan di peringkat universiti terlebih dahulu termasuk peringkat kolej daripada segi penambahbaikan dan matlamat negara. Saya melihat pendidikan suatu pelaburan untuk menentukan apa hasil dan juga pulangan pada penghujungnya.
"Kajian mendalam akan dijalankan bagi mengenal pasti apa yang perlu ditekan dan diutamakan," katanya di sini baru-baru ini.

Abdul Rahman yang menerima watikah pelantikannya bagi sesi 2014 hingga 2016 daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiga hari lalu akan dibantu timbalannya yang juga merupakan Penasihat Sains Perdana Menteri, Tan Sri Prof. Dr. Zakri Abdul Hamid sepanjang tempoh tersebut.

Beliau yang juga merupakan Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Sedaya (UCSI) berkata, isu kesamarataan antara kawasan bandar dan luar bandar juga mesti diberi tumpuan kerana perhatian tidak hanya perlu diberikan kepada sekolah-sekolah yang cemerlang tetapi peluang pendidikan harus diberikan kepada semua golongan tanpa mengira kedudukan geografi.

"Kita ketengahkan lima sasaran iaitu memberi peluang pendidikan yang sempurna, meningkatkan mutu pendidikan, mencapai ekuiti dan kesamarataan, mengekalkan perpaduan dalam pendidikan serta penyertaan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak mereka.

"Kesamarataan untuk semua agak susah tetapi kita perlu menetapkan satu tahap bagi menanda aras di tengah-tengah dan dari semasa ke semasa menaikkan standard tersebut. Jika masih tidak mencapai tahap yang diinginkan, di situlah kita perlu beri tumpuan khusus," katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut menekankan aspek kemenjadian murid melalui daya pemikiran kreatif dan inovatif selain mengetengahkan persediaan melatih golongan muda yang berjiwa pemimpin menerusi pendidikan di peringkat bawah.

 
GURU berdedikasi menjadi komponen penting dalam pimpinan sekolah.
"Ilmu pengetahuan dan kuasa fikir amat penting untuk memupuk sikap berani meluahkan pandangan dan bercakap. Kita kena ubah pendekatan sebelum ini dan mengamalkan kaedah guru mendengar, murid bercakap.

"Ini bermakna, kalau guru minta murid bercakap, mereka harus tahu dan faham sesuatu perkara itu melalui pembacaan, oleh itu secara tidak langsung kita akan menggalakkan murid berfikir, meluahkan pandangan dan bercakap," katanya.

Menurutnya, sebarang usaha yang diketengahkan tidak mungkin dapat dicapai tanpa guru berdedikasi yang juga menjadi komponen dalam pimpinan sekolah.

"Saya menghargai kesalahan dalam pembelajaran kerana jika guru tidak memperbetulkan kesalahan murid, mereka tidak akan tahu yang mereka tidak betul. Ini berbalik kepada aspek inovatif tadi," ujarnya.

Tambah Abdul Rahman, sektor pendidikan turut mempunyai peranan dalam membangunkan negara, justeru persediaan dari bawah perlu kukuh bagi mencapai sasaran ke arah melahirkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat global.

"Selaku badan penasihat kepada kementerian, saya percaya ketika ini sudah ada perancangan-perancangan dijalankan yang digariskan dalam pelan pembangunan pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, dan kami akan bertindak sebagai pihak luar yang akan menilai dan memikirkan langkah-langkah terbaik perlu dibuat melalui perbincangan bersama.

"Jadi kita harus kaji apa caranya. Jika kita bercakap soal pendidikan bertaraf dunia, saya bersetuju tetapi kita juga perlu menetapkan standard Malaysia. Untuk mencapai pengiktirafan dunia, kita harus capai piawaian nasional," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau optimis tahap pendidikan negara akan dapat ditingkatkan melalui jalinan antara MPPK dan Kementerian Pendidikan selaku badan penasihat kepada agensi itu dalam mengemukakan cadangan dan kaedah menambah baik sektor pendidikan.
Katanya, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan kementerian secara berkala untuk membincangkan pembentangan laporan-laporan berkaitan bagi membuka cadangan membaik pulih sistem pendidikan di negara ini.

"Selebihnya kita serahkan kepada kementerian untuk pelaksanaannya berdasarkan nasihat dan pandangan ahli panel," tambah Abdul Rahman.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140809/pe_01/10-perkara-perlu-jadi-keutamaan#ixzz3BkKFzOOC
© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, August 25, 2014

Bantuan persekolahan rangsang kecemerlangan

Bantuan persekolahan rangsang kecemerlangan
31 Jan 2013, 10:18 AM | Berita Semasa

BANTUAN Khas Awal Persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap murid sekolah sedang diagihkan di seluruh negara bukan sahaja dapat membantu meringankan beban ibu bapa malah berupaya memberi suntikan semangat untuk pelajar mencipta kejayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej YPC-iTWeb, Datuk Dr. Noel Robert berkata, melalui usaha kerajaan menyediakan bantuan tersebut telah membuktikan bahawa kerajaan  amat prihatin atas kebajikan serta keperluan pendidikan rakyat.

``Usaha ini juga dianggap rangsangan kepada setiap  pelajar untuk terus cemerlang bila menerima  bantuan malah  menunjukkan sikap kasih sayang pemimpin kepada rakyat,'' katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut mengingatkan ibu bapa agar mengutamakan pendidikan anak-anak bagi memastikan kehidupan lebih baik pada masa depan.

Dr. Noel berkata demikian ketika berucap dalam majlis mengagihkan bantuan RM100 kepada 188 pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)  Perempuan (P) Pudu di sekolah itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Yang turut hadir dalam majlis itu ialah pengetua sekolah berkenaan, Ng Siew Keng.

Majlis itu merupakan fasa pertama penyerahan bantuan kepada sebahagian daripada 1,084 jumlah keseluruhan pelajar sekolah berkenaan yang akan menerima wang bantuan masing-masing secara berperingkat nanti.

Semua pelajar yang menerima bantuan tersebut kelihatan ceria dan gembira malah sebahagian daripada mereka mengambil kesempatan dengan kehadiran ibu bapa bagi membeli peralatan belajar yang masih belum mencukupi di koperasi sekolah itu.Bagi Juliana Ramli, 13, dia mahu menggunakan wang bantuan bagi membeli keperluan persekolahannya yang ada antaranya yang telah rosak.

``Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan yang telah memberikan wang RM100 bagi membantu mengurangkan bebanan kewangan ibu bapa.

``Duit ini akan saya gunakan untuk membeli peralatan sekolah yang masih tidak cukup dan kemudahan yang benar-benar penting sahaja,'' katanya ketika ditemui selepas majlis berkenaan di dewan sekolah tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Seoarang lagi penerima, K. Mulummathi, 13, memberitahu, dia akan menggunakan sebahagian wang bantuan tersebut untuk membeli beberapa buah buku latihan dan berhasrat untuk menyimpan bakinya.

Dia menambah, ibu bapanya kini tidak perlu bimbang lagi tentang perbelanjaan sekolah empat anak mereka kerana sebahagian besarnya telah ditanggung oleh kerajaan.Bapanya, P. Kundlan, 46, berkata, bantuan yang diberikan kerajaan itu membantu dia menampung keperluan pendidikan anak-anaknya yang memerlukan perbelanjaan agak besar setiap tahun.

Sumber: Portal Pendidikan Utusan

Monday, August 18, 2014

JOM BERAMBEH RAYA 2014

MAJLIS JOM BERAMBEH RAYA 2014 SK ASYAKIRIN AKAN DIADAKAN PADA

25 OGOS 2014
ISNIN
7.20 PAGI - 1.10 PETANG
RUANG LEGAR SK ASYAKIRIN

PAKAIAN BAJU MELAYU/ BAJU KURUNG

Tokoh Guru Kebangsaan


Anugerah tokoh Guru diperkenalkan semenjak tahun 1972.  Anugerah ini menjadi lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.  Sehingga tahun lalu, seramai 127 pendidik dan bekas pendidik sudah dianugerahkan pingat tersebut semenjak 1975 berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan.

Antara kriteria itu ialah calon mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan, pembabitan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta khidmat masyarakat, di samping kecemerlangan dalam bidang lain.

Dari segi syarat pemilihan calon Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan pula, mereka hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini; seboleh-bolehnya dipilih daripada kalangan tokoh yang sudah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru pada peringkat negeri; berumur 50 tahun atau lebih, sama ada berkhidmat atau sudah bersara; sedang atau sudah berkhidmat sebagai guru, pengetua, guru besar, pesyarah atau pentadbir dalam perkhidmatan pendidikan.

Selain itu, pemilihan calon juga boleh dibuat ke atas tokoh yang sudah meninggal dunia, manakala kesatuan perkhidmatan keguruan pula berpeluang membuat pencalonan pada peringkat negeri dan kebangsaan.

Setakat ini, tahun paling ramai menerima anugerah ialah pada Hari Guru 1977, iaitu seramai tujuh (7) orang.  Barisan penerima sulung anugerah berprestij itu ialah Zainun Munshi Sulaiman, Mohd Nor Ahmad, Ting Pin Sung, A.V. Perumal dan Tan Chong Bee.


Rekabentuk Pingat Tokoh Guru

Bentuk
Dari bentuk bulat 6 cm dibahagi menjadi 5 pepenjuru.  Lima pepenjuru ini melambangkan 5 prinsip Rukun Negara.  Bentuk keseluruhan menyerupai bentuk bintang dengan 14 penjuru yang mewakili 14 buah negeri di Malaysia.

Corak
Kerawang adalah merupakan satu corak tradisional dan melambangkan kemalaysiaan.  Corak ini juga melambangkan bidang perguruan yang merupakan satu kesenian yang indah murni.

Warna
Warna keemasan melambangkan kemurniaan dan kesucian niat serta jasa-jasa guru.  Warna ini juga mencerminkan jasa bakti seseorang guru itu adalah seteguh emas.



Penerima Anugerah Tokoh Guru :
2013
Jacob a/l P.C. Mathews 
Dato’ Hajjah Freida binti Dato’ Haji Mohd Pilus

2012
Puan Lim Ai Lee @ Lim Irene
Tuan Haji Mohd Azman Bin Abdul Rashid
Datuk Mary Yap Kain Ching
Dato’ Haji Ahmad Adzmey Bin Haji Abu Talib
Datuk Haji Hassan Bin Harun (Sekolah Swasta)
Dato’ Haji Omar Bin Mohd Hashim  (Kepimpinan Pendidikan)

2011
Dato' Prof. Ab. Rahim Selamat
Dato' Siva Subramaniam
Cik Hamedah Wok Awang
Datuk Hajah Rita T Jaafar @ Rita Bagong

2010
Haji Awang Mohamad
En. Encharang Agas
Dato' Chuang Keng Kung
Hajuh Ainun Jamilah Mohamad Ali

2009
Dato' Cg. Abdul Rahim Tahir
En. Phua Seng Tiong
Encik Shahul Hamid Mydin Shah

2008
En. Abu Bakar Bin Shawkat Ali
En. Krishnasamy a/l Kapaya
Y. Bhg. Dato’ Dr. Hj. Zulkarnain Bin Hj. Abd. Rahman

2007
En. Gerald Lee Liong Ai
Dato Haji Abdul Majid Bin Omar
Dato Haji Muhamad Bin Mustaffa
Tan Sri Datuk Dr Wan Mohd Zahid Bin Mohd Nordin

2006
Pn. Azizah Bt. Haji Md Taib
Y. Bhg. Prof Dr. Hj. Hussein Bin Haji Ahmad
Y. Bhg. Datuk Wira Haji Borhan Bin Md Yaman

2005
YM Engku Tik Azizah Bt Engku Malek
Haji Abdul Mana Bin Mohamed Noh
Haji Ramli Bin Haji Ahmad
Teo Huat @ Teo Teck Huat
Haji Ghazali Haji Yusuf

2004
Tn. Hj. Md. Ismail Zam Zam
Cik Alice Wee Siew Eng
En. Krishnasamy Tambusamy
Pn. Hjh. Wan Safinah Hj. Saleh
En. Ali Suhaili

2003
Pn. Sri Aisha Hj. Shamsuddin
Tn. Hj. Sulaiman Mohd. Nawi
Tn. Hj. Hussain Hj. Paris
En. M.P. Rangganathan
En. Ho Thean Sung

2002
Tn. Hj. Abd. Karim Abdullah
Tn. Hj. Khamis Noyo
Tn. Hj. Abd Hamid Hj. Noor Mohamed
Cik Hjh. Nasriah Hj. Maghribi
En. Nagaratnam Pennurengan

2001
Tn. Hj. Mohamed Saat Bongkek
En. Abang Hamdan Jas
Pn. Hjh. Siti Aishah Hj. Ab. Rahman
Tn. Hj. Sulaiman Samad
En. Robert David

2000
Pn. Nik Faizah Mustapha
Tn. Hj. Tawi Yaakub
En. Cheong Yong Kwong
Tn. Hj. Abdul Ghani Wahab

1999
Pn. Molly Chong Nee Molly Gee
En. Mohd. Mokhtar Talib
Pn. Hjh. Rahmah Bt. Hj. Hussain
Tn. Hj. Hambali Abdul Razak
Tn. Hj. Kassim Muhammad

1998
Dato’ Hj. Abd. Rahim Hj. Abd. Majid
Dato’ Dr. Hj. Yahya Ibrahim
Tn. Hj. Mohd. Tahir Hj. Ahmad
Tn. Hj. Mohamed Ali

1997
Dato’ Hj. Jumat Dato’ Hj. Mohd Nor
Dato’ N.S. Selvamany
Tn. Hj. Harun Hj. Hassan
Tn. Aminuddin Muhammad

1996
En. Anthony Lim Peng Hwa
Pn. Hjh. Embun Muhamad Ali
Pn. Irene Syawe Chin Chi
En. Abdul Razak Ismail

1995
Tn. Hj. Jaaman @ Sharman Abu
En. Anthony Reynolds Peter
Tn. Hj. Wan Din Wan Mat
En. Amirbek Amir Husain

1994
Tn. Hj. Wan Samsudin Mohd Yusof
En. Nordin Hj. Mahmood
En. Jikal Gabie
En. Khor Beng Hoe

1993
Dato’ Abdul Aziz Ismail
Tn. Hj. Ibrahim Yaakob
Tn. Hj. Mohd. Saidin
Dato’ Hj. Mohd Taib Omar

1992
Dato’ Hj Ibrahim Sulaiman
Pn. Siti Bidayah Hj. Din
En. Lau Hut Yee

1991
Datuk Hj. Parman Hassan Raji
Dato’ Hj. Abbad Hj. Muhammad
Pn. Dawn Parry

1990
Dato’ Hj. Idris Hj. Tain
Tn. Hj. Abdullah Sani Abu Bakar
En. Michael Graham Parry

1989
En. Mohamed Ali Mohamed
En. Goon Koo Leong
YM Raja Lope Ahmad Raja Mohd Ali

1988
En. Sulaiman Hj. Ebi
Cik Visalacey Mutu
En. Harith Muhammad Liki

1987
Dato’ paduka Syeikh Abdul Mohd. Noor
En. Chang Min Phang Paul
Tn. Hj. Hashim Abdul Rahman

1986
Dato’ Hj. Abdul Aziz Tapa
Pn. Rasammah Naomi Bhupalan-Rajendran
Dato’ Ariffin Md. Nam

1985
En. A. Ali Manjang
En. Ahmad Kotot
Tn. Hj. Idris Hj. Abdul Salam
Tn. Hj. Yasin Saleh

1984
Tn. Hj. Abdul Razak Abdul Hamid
En. Shahrom Husain
Tn. Hj. Muhammad Bujang
Pn. Hjh. Hendon Hj. Din

1983
Datuk Polycrap Sim Sheng Mong
Tn. Hj. Mohd Zain Ayub
En. Ang Kean Kah

1982
Dato’ Hj. Zainal Abidin Ali
Tn. Hj. Abdul Rashid Ahmad
Tn. Hj. Mohd Zain Rashid

1981
Tn. Hj. Mohd. Yusof Badin
Pn. Hjh. Maimunah Abdul Rahman
Tn. Hj. Othman Hj. Ali

1980
Tn. Hj. Omar Othman
Tn. Hj. Mohd Diah Abdul Rahman
Dato’ James Frederick Augustine

1979
Kapt. Dato’ Hj. Mohd Nor Mohammad
Tn. Hj. Muhammad Yusof Ahmad
En. Mohd. Aslie Lutah

1978
En. Ann Moreira
En. Bapoo Mohd. Hashim
Dato’ Hj. Abdul Alif Hj. Md Arshad
En. Guram Singh
En. Mohd Nor Abdul Hamid
En. Waung Yoo Nien

1977
Tn. Hj. Abu Bakar Al Bakir
En. Qua Chiew Kooi
Tn. Hj. Ahmad Abdul Rahman
En. Abu Kassim Yusof
En. Abdul Rahman Md. Akib
En. K. Kannan
Pn. Lily Eberwein

1976
Tn. Hj. Kassim Harun
Tn. Hj. Mohammad Hj. Abdullah
Tn. Hj. Ali Mohd Yunus
En. V. K. Thaillaikannu
En. Tan Chee Meng

1975
Pn. Hjh. Zainun Munshi Sulaiman
En. Mohd. Nor Ahmad
En. Ting Pin Sung
En. A.V. Perumal
En. Tan Chong Bee


sumber: Laman KPM

SENARAI TEMA HARI GURU MALAYSIA DARI 1972 HINGGA KINI

Tema Hari Guru


2014   Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013   Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda
2012   Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011   Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010   Guru Pembina Negara Bangsa
2009   Guru Pembina Negara Bangsa
2008   Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007   Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006   Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004   Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002   Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001   Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000   Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999   Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998   Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997   Guru Bestari Sekolah Bestari
1996   Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995   Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993   Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992   Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991   Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990   Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989   Guru Pembina Budaya Ilmu
1988   Guru Pengasas Budaya Membaca
1987   Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986   Pendidikan Teras Nasionalisme
1985   Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984   Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983   Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982   Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981   Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980   Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979   Murid Sejahtera Negara Jaya
1978   Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977   Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976   Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975   Guru dan Pembangunan Negara
1974   Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973   Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972   Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara


Sumber: Laman KPM