Friday, July 18, 2014

Majlis penyerahan anak yatim dan fakir miskin

17 Julai 2014 -  Satu majlis penyerahan anak angkat telah diadakan di Ruang Legar SK Asyakirin. Majlis ini melibatkan murid-murid SK Asyakirin yang terdiri daripada anak-anak yatim dan fakir miskin. Anak-anak yatim dan fakir miskin telah diserahkan kepada para guru dan staf muslim sekolah.

Majlis penyerahan ini menandakan bermulalah program Jalinan Kasih di Aidilfitri bagi membantu dan meraikan anak yatim dan fakir miskin dikalangan anak-anak didik yang beragama Islam sempena Ramadhan dan Aidilfitri. Program tahunan ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kebajikan Islam dan Dakwah Asyakirin (JAKIDA) dengan bantuan beberapa organisasi dan syarikat tempatan.

Antara pengisian program ini adalah seperti program membeli belah raya bersama anak angkat. Keluarga angkat akan membawa anak angkat mereka untuk membeli pakaian raya di sekitar bandar Bintulu. Anak angkat juga akan diraikan di majlis berbuka puasa yang akan diadakan pada 23 Julai 2014. Pada majlis tersebut mereka akan diraikan dan turut menerima duit raya daripada penyumbang.

Sesungguhnya sikap saling bantu membantu adalah dituntut oleh agama. Islam menyeru umatnya untuk menghargai sesama insan dan membantu anak yatim serta golongan fakir miskin. Insyaallah hidup kita akan lebih berkat dan bahagia.










No comments:

Post a Comment