KEMAHIRAN berfikir aras tinggi (HOTS) mampu memantapkan kemahiran guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), kata Dr. Ismail Zain. Menurut motivator dan pakar dalam pendidikan itu, HOTS merupakan aspek yang penting terutamanya dalam bidang pendidikan dan guru perlu bijak menyusun strategi untuk mewujudkan amalan terbaik pengaplikasian HOTS dalam P&P. "Hal ini penting untuk menghasilkan impak positif kepada murid-murid," katanya ketika mengendalikan bengkel memantapkan kemahiran guru-guru mengaplikasikan HOTS dalam proses P&P di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Ipoh, Perak baru-baru ini. Bengkel yang menjelaskan dengan mudah konsep HOTS serta strategi melaksanakannya dalam P&P itu dihadiri 66 peserta sebagai pengisian Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP). Pengetua SMK Gunung Rapat, Rahimah Mohamed berkata, pihaknya sentiasa berusaha memantapkan dan membuat penambahbaikan proses P&P demi menyahut cabaran pendidikan Abad ke-21 serta anjakan yang terdapat dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. "Walaupun sekolah ini ialah sekolah elit sukan tetapi prestasi akademik murid-murid adalah cemerlang dan amat membanggakan justeru saya harap guru betul-betul berkualiti dalam P&P," jelas pengetua Sekolah Kluster Cemerlang ini. Sementara itu, Guru Penolong Kanan 1 sekolah itu, Noor Kamar Nordi berkata, HOTS harus diikuti oleh semua guru sebagai penyegaran (refreshment) terhadap apa yang sedang mereka laksanakan dalam P&P. Pendapat ini disokong Guru Penolong kanan Kokurikulum, Noor Alauyah Meoir Ahmad yang mengatakan bahawa HOTS merupakan satu bentuk reformasi dalam P&P. Bagi guru Bahasa Inggeris, Wan Shaiful Akmar Mohd Idris, HOTS mampu menyelesaikan masalah pembelajaran subjek teras itu. “Melalui bengkel ini saya dapat melihat bagaimana HOTS dapat diaplikasikan dalam P&P untuk menjadikan murid lebih tercabar mindanya,” tuturnya. Seorang lagi guru, Sufian Ishak memberitahu, HOTS bukan sahaja sesuai untuk akademik malah boleh diaplikasikan dalam sukan. "HOTS mampu membantu murid-murid menjadi thinking player ke arah meningkatkan mutu sukan," kata Guru Kanan Pengurusan Sukan ini. Dalam pada itu, Program Motivasi Utusan akan bergerak membantu guru dan murid melonjakkan motivasi diri, menjana pemikiran yang kritis dan kreatif ke arah kecemerlangan diri mengikut modul yang dirancang bersesuaian dengan guru atau murid secara berasingan. Akan datang, program seperti ini akan diadakan di SMK Sayong di Kuala Kangsar dan beberapa sekolah lain anjuran Biro Pendidikan UMNO Kampar. Pihak sekolah atau agensi yang berminat untuk menganjurkan bengkel ini, sila hubungi 019-5713745 atau layari www.adap.com.my. DR.Ismail Zain (tengah) bersama peserta bengkel memantapkan kemahiran guru-guru mengaplikasikan HOTS dalam proses P&P di SMK Gunung Rapat, Ipoh, Perak, baru-baru ini. sumber: Portal Pendidikan Utusan |
tab
Search This Blog
Tuesday, August 26, 2014
HOTS tingkat profesionalisme guru
HOTS tingkat profesionalisme guru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment